TEKNOLOGI ASAS TELAH BERMULA APABILA MANUSIA ZAMAN PURBA MEMBUAT PERALATAN SENJATA RINGKAS DARIPADA KAYU ATAU BATU UNTUK MENGERAT,MENIKAM,MEMAHAT ATAU MEGGERGAJI BAHAN KAYU,SEHINGGA PEMBINAAN PENCAKAR LAUT SEPERTI MENARA BERKEMBAR PETRONAS, IAITU ANTARA BANGUNAN TERTINGGI DI DUNIA PADA MASA INI.TEKNOLOGI JUGA TERMASUK ALAT PERTANIAN,PERUBATAN,TENAGA,PENGANGKUTAN,KOMUNIKASI DAN AKTIVITI MASA LAPANG.
TEKNOLOGI ialah satu usaha manusia menggunakan akal dan sagala ilmu sains untuk menghasilkan peralatan dan kelengkapan untuk memenuhi keperluan diri, ahli keluarga dan masyarakatnya.
Sains ialah ilmu pengatahuan tentang alam sekitar dan teknologi ialah usaha berikhtiar menggunakan ilmu sains ini untuk memperoleh manfaat untuk keperluan semua manusia.Islam tetap mengutamakan kedua-duanya menuntut ilmu sains dan mengusahakan teknologi.
Manusia purba yang hidup di dalam gua telah memburu haiwan dan memungut bahan makanan dari hutan dan meperolehi pelbagai bidang ilmu pengatahuan daripada pengalaman sendiri.Selagi mereka berpindah-pindah dari tempat ke setempat,tidak banyak teknologi dihasilkan.
Apabila mereka tinggal di tempat yang tetap mereka memulakn aktiviti pertania dan penternakan.Mereka juga telah menghidup dan menggunakan api,membuat alat primitif untuk menebang pohon,menggali lubang di dalam tanah mengusahakan teknologi untuk menanam tumbuhan,mengerat bahan makanan,memahat dan menebuk batang pokok untuk membuat perahu dan mebuat senjata tajam untuk memburu atau meyelamatkan keluaraga daripada musuh.mereka juga membina rumahsendiri dan meggemburkan tanah sertamengairkannya,menyemai benih tanaman,menuai bijiran,sayuran atau buahan dan memperoses makanan dan menyimpan bijiran untuk kegunaan masa hadapan .Ini permulaan teknologi.
Di petik dari :Ensiklopedia sains dan Al-Quran - Jilid 10
No comments:
Post a Comment